THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Nov 26, 2008

Sejarah Kampung Kubu/Bukit Gantang








Mengikut Sumber lisan dan bukti yang didapati,Bukit Gantang pernah menjadi medan pertempuran orang melayu menentang penaklukan tentera siam.Dalam peperangan itu,orang melayu Bukit Gantang dipimpin oleh Dato' Panglima Bukit Gantang iaitu Panglima Alang Idin. Dalam peperangan itu tentera siam telah dikalahkan.Akhirnya tentera siam terpaksa berundur.Selepas itu,Perjuangan Panglima Alang Idin diteruskan lagi sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Warisnya Dato' Panglima Bukit Gantang Wahab adalah diantara tokoh yang turut bersama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke London bagi menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah British.Sebagai memperingati jasanya,pihak Kerajaan Negeri Perak telah menamakan sebuah jalan di bandaraya Ipoh bersempena dengan nama beliau iaitu Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.Selepas era Panglima Alang Idin,Bukit Gantang terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih timah yang diperkenalkan oleh Orang Kaya Long Jaafar. Beliau melombong bijih timah di kawasan Larut secara mendulang. Long Jaafar telah membangunkan Bukit Gantang secara tidak langsung pada ketika itu.Jasanya amat bermakna kepada seluruh penduduk kampung pada ketika itu. Selepas kematian beliau, Long Jaafar telah dimakamkan di makam keluarganya berhampiran Masjid Jamek Bukit Gantang.