THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Nov 26, 2008

Lokasi Kampung Kubu/Bukit Gantang


Bukit Gantang merupakan mukim dalam daerah Taiping, negeri Perak Darul Redzuan. Nama ini diambil dari nama bukit , di bukit tersebut ditemui sejenis alat yang dinamakan gantang. Gantang ialah alat untuk mengukur jumlah beras atau padi . Bentuknya seperti bentuk tong susu Nestle yang bersaiz 2 kilo. Saiz yang lebih kecil ialah cupak. 4 cupak bersamaan 1 gantang.Dahulu kawasan ini merupakan kawasan pertanian khususnya padi sawah.Bukit Gantang di bawah kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Changkat Jering. Keluasan Bukit Gantang dianggarkan 108.68 hektar dikelilingi oleh bukit bukau.Mempunyai sebuah pekan Utama iaitu Pekan Bukit Gantang(dahulu kampung changkat).Perjalanan dari Bukit Gantang ke Bandar Taiping dianggarkan sejauh hampir 20km(lebih kurang 20 Minit).Terletak bersempadan dengan Kampung Buaya,daerah Kuala Kangsar yang dipisahkan oleh sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Berapit.