THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Apr 24, 2009

Usahawan Pertanian Ternakan Ayam Kampung,Kambing dan Bebiri

LINDA BIOTECHS adalah kepunyaan En Fathullah Harun.Salah seorang Usahawan Pertanian Bumiputra yang terdapat di Bukit Gantang. Beliau adalah bekas Pegawai Tentera Bersara.Pada pertengahan 2006 projek ini hanya di usahakan secara sambilan dan di usahakan sepenuhnya pada bulan oktober 2008.Keluasan kawasan tapak projek ini ialah seluas hampir 7 ekar iaitu 6 ekar adalah tanah milik sendiri En Fathullah dan selebihnya adalah tanah sewaan. En Fathullah dibantu oleh 4 orang pekerja tetap warga asing.
Ternakan Ayam Kampung yang di pelihara oleh En Fathullah sekarang dianggarkan hampir 10 ribu ekor termasuk ayam dewasa dan anak ayam.
Bagi Projek Pengeluaran Baka Kambing dan Bebiri pula En Fathullah mempunyai hampir 200 ekor Kambing dan Bebiri.Baka Kambing yang diternak ialah Boer,Red Boer,Anglo Nubian dan Saanen, manakala Bebiri pula ialah Dorper dan Van Rooy.
Selain itu beliau juga menghasilkan Baja Organik(tinja ayam dan kambing) dengan menggunakan Effective Microorganism(EM),menghasilkan telur ayam kampung serta mengimport baka ternakan dari luar negara.