THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Apr 23, 2009

PROGRAM BERSAMA HOMESTAY BUKIT GANTANG

Homestay Bukit Gantang semakin dikenali oleh Pelancong samaada dari luar negara atau di dalam negara. Berbagai aktiviti di atur untuk Pelancong.Pelancong akan di bawa melawat Ladang Bukit Gantang,di Ladang Bukit Gantang terdapat berbagai jenis tanaman antaranya Tebu,Jambu Air,Jambu Batu,Buah durian,Buah Naga,Buah rambutan dan banyak lagi......
Di Kolam ternakan pula terdapat berbagai jenis Ikan antaranya Ikan Puyu, Ikan Keli,Ikan Jelawat dan juga ada kolam Ternakan Lintah,Ternakan Ayam dan lain-lain. Jika musim buah pelancong juga boleh memetik sendiri buah-buahan yang terdapat di Ladang Bukit Gantang.Selain itu Pelancong juga di tunjukajar cara Menjala Ikan dan Makan Buah.
Pelancong juga akan di bawa melawat Bengkel Industri Makanan Ringan,Pelancong juga akan di perkenalkan kepada Masakan Tradisional Orang Melayu,Cara bermain congkak,cara memakai kain batik dan kain pelikat,Istiadat bersanding.Selain itu Pelancong juga di bawah melawat tempat-tempat menarik di dalam Mukim Bukit Gantang.