THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Apr 26, 2009

KARNIVAL PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM LMS 2009

KADET PERTAHANAN AWAM

KADET KEJURURAWATAN
PENGAKAP
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

KADET REMAJA SEKOLAH

RENJER PUTERI

KADET BERSATU TENTERA LAUT

KADET WARDEN

KADET POLIS


Apr 24, 2009

Usahawan Pertanian Ternakan Ayam Kampung,Kambing dan Bebiri

LINDA BIOTECHS adalah kepunyaan En Fathullah Harun.Salah seorang Usahawan Pertanian Bumiputra yang terdapat di Bukit Gantang. Beliau adalah bekas Pegawai Tentera Bersara.Pada pertengahan 2006 projek ini hanya di usahakan secara sambilan dan di usahakan sepenuhnya pada bulan oktober 2008.Keluasan kawasan tapak projek ini ialah seluas hampir 7 ekar iaitu 6 ekar adalah tanah milik sendiri En Fathullah dan selebihnya adalah tanah sewaan. En Fathullah dibantu oleh 4 orang pekerja tetap warga asing.
Ternakan Ayam Kampung yang di pelihara oleh En Fathullah sekarang dianggarkan hampir 10 ribu ekor termasuk ayam dewasa dan anak ayam.
Bagi Projek Pengeluaran Baka Kambing dan Bebiri pula En Fathullah mempunyai hampir 200 ekor Kambing dan Bebiri.Baka Kambing yang diternak ialah Boer,Red Boer,Anglo Nubian dan Saanen, manakala Bebiri pula ialah Dorper dan Van Rooy.
Selain itu beliau juga menghasilkan Baja Organik(tinja ayam dan kambing) dengan menggunakan Effective Microorganism(EM),menghasilkan telur ayam kampung serta mengimport baka ternakan dari luar negara.

Jangan lupa !!!.kalau sesiapa yang ingin mencari Ayam kampung
dan kambing Bebiri untuk kenduri atau AQIQAH boleh terus hubungi En Fathullah.
ANAK-ANAK AYAM
jeng...jeng...masa untuk makan

pada waktu petang ayam-ayam ini akan dilepaskan..


masa rehat.........

kambing2 pun pandai beratur untuk masuk dalam rumah

masa untuk pulang ........


posing maut...nak tangkap gambar

Apr 23, 2009

PROGRAM BERSAMA HOMESTAY BUKIT GANTANG

Homestay Bukit Gantang semakin dikenali oleh Pelancong samaada dari luar negara atau di dalam negara. Berbagai aktiviti di atur untuk Pelancong.Pelancong akan di bawa melawat Ladang Bukit Gantang,di Ladang Bukit Gantang terdapat berbagai jenis tanaman antaranya Tebu,Jambu Air,Jambu Batu,Buah durian,Buah Naga,Buah rambutan dan banyak lagi......
Di Kolam ternakan pula terdapat berbagai jenis Ikan antaranya Ikan Puyu, Ikan Keli,Ikan Jelawat dan juga ada kolam Ternakan Lintah,Ternakan Ayam dan lain-lain. Jika musim buah pelancong juga boleh memetik sendiri buah-buahan yang terdapat di Ladang Bukit Gantang.Selain itu Pelancong juga di tunjukajar cara Menjala Ikan dan Makan Buah.
Pelancong juga akan di bawa melawat Bengkel Industri Makanan Ringan,Pelancong juga akan di perkenalkan kepada Masakan Tradisional Orang Melayu,Cara bermain congkak,cara memakai kain batik dan kain pelikat,Istiadat bersanding.Selain itu Pelancong juga di bawah melawat tempat-tempat menarik di dalam Mukim Bukit Gantang.































Apr 2, 2009

KURSUS JAHITAN MANIK