THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Mar 23, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN " JOM KE SEKOLAH SRA 2009"













Pada 21hb Mac 2009, YAYASAN TAKWA dan JAKIM telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan "JOM KE SEKOLAH SRA 2009 bertempat di Telekom Malaysia,Taiping.Seramai 100 orang pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan dari SRA dalam Mukim Bukit Gantang telah di pilih untuk menerima sumbangan tersebut.Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Yayasan Takwa sendiri.

Mar 22, 2009

PROGRAM INSPIRASI KREATIF WANITA













Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga & Masyarakat,Jabatan Pembangunan Wanita(JPW) telah menjadi penganjur sebuah Program Inspirasi Kreatif Wanita bersama AISHAH. Program tersebut telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 20hb Mac dan 21hb Mac 2009 bertempat di Dewan Mesyuarat Pejabat Penghulu Mukim Bukit Gantang.
Seramai 30 orang peserta telah menyertai Program tersebut. Peserta telah diajar Membuat jahitan bunga reben pada sarung kusyen,Membuat gelang tangan dari manik,Membuat bunga telur dan juga Membuat bekas telur dari manik.
Objektif Program Inspirasi ini diadakan ialah untuk Membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kraftangan dan boleh di komersialkan dan juga Menyediakan maklumat keusahawanan untuk menggalakkan para peserta menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.Pada majlis penutup Y.B. Dato' Hj Sharani b Mohamad.Exco Agama,Pendidikan Islam,Pembangunan Wanita Keluarga dan Kebajikan., telah menyampaikan Sijil Penyertaan kepada semua peserta.

Mar 19, 2009

PROGRAM KESEDARAN DAN PENDIDIKAN EKONOMI UMAT PERINGKAT NASIONAL 2009

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YAPEIM) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama telah mengadakan Program Angkat Kelab Usahawan & Kepenggunaan(Peringkat Sekolah Menengah).Program tersebut diadakan pada 19hb Mac 2009 bertempat di Dewan Bunga Raya,Changkat Jering,Taiping,Perak.Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak.Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah yang berada di sekitar Daerah Larut Matang dan Selama.Objektif Program ini ialah Membentuk Budaya Keusahawanan di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah,Menyediakan Peluang Pembelajaran Keusahawan dan Menyerlahkan Minat Usahawan Agar menjadi satu kerjaya.Pelbagai aturcara diadakan pada hari tersebut.Bagi pelajar Sekolah Rendah telah diadakan Pertandingan Melukis dan Mewarna.Selain itu juga diadakan Pameran oleh Jabatan Penerangan,Jabatan Kebajikan Masyarakat,Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional,Jabatan Wakaf,Zakat dan Haji dan banyak lagi.Juga Pameran dan Jualan Produk oleh Usahawan-usahawan.