THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Nov 26, 2008

Lokasi Kampung Kubu/Bukit Gantang


Bukit Gantang merupakan mukim dalam daerah Taiping, negeri Perak Darul Redzuan. Nama ini diambil dari nama bukit , di bukit tersebut ditemui sejenis alat yang dinamakan gantang. Gantang ialah alat untuk mengukur jumlah beras atau padi . Bentuknya seperti bentuk tong susu Nestle yang bersaiz 2 kilo. Saiz yang lebih kecil ialah cupak. 4 cupak bersamaan 1 gantang.Dahulu kawasan ini merupakan kawasan pertanian khususnya padi sawah.Bukit Gantang di bawah kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Changkat Jering. Keluasan Bukit Gantang dianggarkan 108.68 hektar dikelilingi oleh bukit bukau.Mempunyai sebuah pekan Utama iaitu Pekan Bukit Gantang(dahulu kampung changkat).Perjalanan dari Bukit Gantang ke Bandar Taiping dianggarkan sejauh hampir 20km(lebih kurang 20 Minit).Terletak bersempadan dengan Kampung Buaya,daerah Kuala Kangsar yang dipisahkan oleh sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Berapit.

Sejarah Kampung Kubu/Bukit Gantang








Mengikut Sumber lisan dan bukti yang didapati,Bukit Gantang pernah menjadi medan pertempuran orang melayu menentang penaklukan tentera siam.Dalam peperangan itu,orang melayu Bukit Gantang dipimpin oleh Dato' Panglima Bukit Gantang iaitu Panglima Alang Idin. Dalam peperangan itu tentera siam telah dikalahkan.Akhirnya tentera siam terpaksa berundur.Selepas itu,Perjuangan Panglima Alang Idin diteruskan lagi sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Warisnya Dato' Panglima Bukit Gantang Wahab adalah diantara tokoh yang turut bersama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke London bagi menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah British.Sebagai memperingati jasanya,pihak Kerajaan Negeri Perak telah menamakan sebuah jalan di bandaraya Ipoh bersempena dengan nama beliau iaitu Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.Selepas era Panglima Alang Idin,Bukit Gantang terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih timah yang diperkenalkan oleh Orang Kaya Long Jaafar. Beliau melombong bijih timah di kawasan Larut secara mendulang. Long Jaafar telah membangunkan Bukit Gantang secara tidak langsung pada ketika itu.Jasanya amat bermakna kepada seluruh penduduk kampung pada ketika itu. Selepas kematian beliau, Long Jaafar telah dimakamkan di makam keluarganya berhampiran Masjid Jamek Bukit Gantang.

AJK PPIK

Penasihat : Tuan Haji Badrul Hisham bin Hj Salleh
Pengerusi : En Mahyuddin bin Othman
Naib Pengerusi : En Mohd Zairul bin Hj Idris
Setiausaha : Puan Jamilah bt Abdul Rahman
Bendahari : Puan Fatimah bt Mohamad
Ajk : En Mohd Zamri bin Zainuddin
Ajk : En Idris bin Othman
Ajk : Puan Salmiah bt Hashim
Ajk : Puan Rohana bt Razali

Peta Daerah dan Peta Negeri Perak







Nov 23, 2008

Gambar-gambar di tapak Karnival









Gambar-gambar semasa Bengkel ICT











Karnival USP5 di Bukit Gantang,Perak.

KTAK dan MAXIS dengan kerjasama EVENT MANAGEMENT telah mengadakan Karnival USP5 di Pejabat Penghulu Mukim Bukit Gantang pada 22hb Nov dan 23hb November 2008. Terima kasih kepada Tuan Haji Nazari(Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perak, En Abdul Aziz Bon dari Maxis dan juga En Hilmy Ibrahim dari Maxis.Terima kasih juga kepada semua yang terlibat iaitu Encik Azizul(Site Controller Perak),penyelia2 PPIK Perak.Rozi(Kpg Yaman),Azura(Bgn Bhru,Ijok),Fiza(Bkt Merah),Zuriah(Aulong),Rozana(Kpg Jana),Hasni(Kati),Norazna(Bidor),Khatijah(Pasir panjang),Nurul(Grik),Mira(Pangkor).Terima kasih juga kepada Pembantu PD(Kak Jamilah),juga kepada Penghulu Mukim Bukit Gantang Tuan Haji Badrul Hisham,En Jamil dan juga Guru PDK Puan Faridah dan juga kepada ketua kampung Kubu/Bukit Gantang (En Rashid,En Zulkifli dan JKKK).