THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Mar 23, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN " JOM KE SEKOLAH SRA 2009"













Pada 21hb Mac 2009, YAYASAN TAKWA dan JAKIM telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan "JOM KE SEKOLAH SRA 2009 bertempat di Telekom Malaysia,Taiping.Seramai 100 orang pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan dari SRA dalam Mukim Bukit Gantang telah di pilih untuk menerima sumbangan tersebut.Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Yayasan Takwa sendiri.

Mar 22, 2009

PROGRAM INSPIRASI KREATIF WANITA













Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga & Masyarakat,Jabatan Pembangunan Wanita(JPW) telah menjadi penganjur sebuah Program Inspirasi Kreatif Wanita bersama AISHAH. Program tersebut telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 20hb Mac dan 21hb Mac 2009 bertempat di Dewan Mesyuarat Pejabat Penghulu Mukim Bukit Gantang.
Seramai 30 orang peserta telah menyertai Program tersebut. Peserta telah diajar Membuat jahitan bunga reben pada sarung kusyen,Membuat gelang tangan dari manik,Membuat bunga telur dan juga Membuat bekas telur dari manik.
Objektif Program Inspirasi ini diadakan ialah untuk Membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kraftangan dan boleh di komersialkan dan juga Menyediakan maklumat keusahawanan untuk menggalakkan para peserta menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.Pada majlis penutup Y.B. Dato' Hj Sharani b Mohamad.Exco Agama,Pendidikan Islam,Pembangunan Wanita Keluarga dan Kebajikan., telah menyampaikan Sijil Penyertaan kepada semua peserta.

Mar 19, 2009

PROGRAM KESEDARAN DAN PENDIDIKAN EKONOMI UMAT PERINGKAT NASIONAL 2009

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YAPEIM) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama telah mengadakan Program Angkat Kelab Usahawan & Kepenggunaan(Peringkat Sekolah Menengah).Program tersebut diadakan pada 19hb Mac 2009 bertempat di Dewan Bunga Raya,Changkat Jering,Taiping,Perak.Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak.Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah yang berada di sekitar Daerah Larut Matang dan Selama.Objektif Program ini ialah Membentuk Budaya Keusahawanan di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah,Menyediakan Peluang Pembelajaran Keusahawan dan Menyerlahkan Minat Usahawan Agar menjadi satu kerjaya.Pelbagai aturcara diadakan pada hari tersebut.Bagi pelajar Sekolah Rendah telah diadakan Pertandingan Melukis dan Mewarna.Selain itu juga diadakan Pameran oleh Jabatan Penerangan,Jabatan Kebajikan Masyarakat,Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional,Jabatan Wakaf,Zakat dan Haji dan banyak lagi.Juga Pameran dan Jualan Produk oleh Usahawan-usahawan.






















Feb 2, 2009

Pada hari Sabtu,31hb Januari 2009.Pejabat Pembangunan Negeri Perak telah menganjurkan sebuah Program Mesra Rakyat Siri 1. Program tersebut di adakan di Dataran Bukit Gantang, di rasmikan oleh Y.B Dato'Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Pada Program tersebut berbagai-bagai acara diadakan antaranya Pameran dari Jabatan-Jabatan Kerajaan seperti Tentera,Bomba,Jabatan Penerangan dan lain-lain lagi. Selain itu diadakan juga Pertandingan Bola Jaring,Futsal,Sepak Raga Ratus,Pertandingan Melukis,Pertandingan Hadrah & Kompang,
Pertandingan Gubahan iaitu Bunga Telur Tradisional(bunga mestilah dari kertas siam),Gubahan Ulam-ulaman,Gubahan Bunga rampai,Gubahan Coklat(Cumi)dan juga Gubahan Masakan.Selain itu pengunjung juga di hiburkan oleh Radio Perak FM yang membuat siaran secara langsung.Juga diadakan Uji bakat bagi mereka yang berminat.













Feb 1, 2009

Pertandingan Gubahan Untuk Kategori Wanita



Dec 2, 2008

MY PPIK









Pada hari Sabtu,29hb Nov 2008 saya telah mendapat kunci PPIK dari ketua kampung, En Mahyuddin bin Othman.Setelah operasi mengemas dan mencuci pada hari sabtu dan Ahad. Pada hari Isnin 1hb Dis 2008, PPIK Bukit Gantang,Perak pun mula beroperasi dengan secara rasmi nya..

Dec 1, 2008

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA (PMS) BUKIT GANTANG
& MANIFESTASI LAGU2 RAKYAT NEGERI PERAK

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak dgn kerjasama JKKKP Bukit Gantang telah menganjurkan Program Merakyatkan Seni Budaya(PMS) Bukit Gantang dan Manifestasi Lagu-Lagu Rakyat Negeri Perak. Program tersebut diadakan di Dataran Long Jaafar Bukit Gantang pada 29hb Nov dan 30hb Nov 2008.Program tersebut dirasmikan oleh YB.DATO' SERI HAJI MOHD SHAFIE APDAL. Menteri Kementerian Perpaduan, Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Malaysia.Pada hari tersebut juga di adakan Pameran Agensi-Agensi Kerajaan dan NGO,Pameran Seramik dan Batik,Pertandingan Futsal Terbuka antara Mukim anjuran Belia 4B,Bengkel Penulisan Khat (Kaligrafi Arab dan Jawi).

Gambar-gambar sewaktu Program